
Menteepro merupakan sebuah pusat tuisyen online dan offline terkemuka yang terletak di Putra Perdana, Puchong. Diasaskan pada tahun 2020 oleh Rohaya Che Ghani sebagai Tuisyen Cikgu Aya, pusat tuisyen ini memulakan perjalanannya sebelum wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.
Meskipun menghadapi pelbagai cabaran terutamanya ketika wabak COVID-19, pusat tuisyen ini terus berkembang dan tetap komited menjalankan aktiviti pembelajaran demi membantu para pelajar untuk berjaya. Kini, Tuisyen Cikgu Aya telah dijenamakan semula sebagai Menteepro Sdn Bhd pada tahun 2023. Lebih dari 600 pelajar telah dibimbing sejak tahun 2020 dan berjaya meraih markah yang sangat cemerlang di dalam setiap peperiksaan.
Misi kami adalah untuk memberikan pendidikan yang berkualiti tinggi melalui pendekatan pengajaran inovatif, disokong oleh para pendidik berpengalaman yang berdedikasi untuk memupuk minat pembelajaran dan kecemerlangan akademik setiap pelajar.
Pengarah
HR, Pentadbiran, Kewangan
Ketua Pemasaran